Anda suka kucing? Terfikir nak bela kucing di rumah? Kanak-kanak
terutamanya amat menyayangi haiwan comel ini. Gebu, cute, lucu, manja,
nakal. Itulah telatah si kucing yang amat mencuit hati. Kucing juga
adalah haiwan kesayangan Nabi.
Namun, sebelum anda membuat keputusan membela kucing di rumah, pastikan anda tahu kebaikan memelihara kucing ni.
Jom semak senarai di bawah!
Kebaikan Memelihara Kucing
1. Kucing peneman setia
Kucing adalah haiwan yang setia kepada tuannya. Ia menjadi peneman yang
baik kepada tuannya, bukan sahaja ketika senang tetapi tetap berada di
sisi kita di kala kesunyian atau di kala kesedihan. Kita boleh
'bercakap' dengan kucing kita utk meluahkan sebarang masalah dan kucing
mendengar dengan setia!
Jika kita anak tunggal atau keseorangan di rumah, kucing adalah kawan yang paling akrab bagi meneman kita!
2. Kucing penuh kasih sayang
Lupakan kucing garang. Jika anda mahu membela kucing, carilah kucing
yang manja dengan sentuhan manusia. Kucing yang manja akan mencurahkan
kasih sayang kepada tuannya tanpa prejudis. Gelagat kucing yang suka
diusap dan menggesel-geselkan tubuhnya ke arah tuannya akan mendekatkan
hubungan mesra antara kucing dan tuannya. Anda akan sentiasa dilimpahi
kasih sayang!
3. Kucing menghiburkan hati
Telatah kucing yang lucu dan nakal amat mencuit hati. Kucing suka
membuat perkara-perkara yang comel dan lucu seperti masuk dalam
kotak,mencelah dalam almari, bermain dengan tisu, melompat sana-sini,
tidur atas laptop, menggigit jari kita dan sebagainya. Pasti anda akan
terhibur dengan gelagat kucing yang lucu dan dapat hilangkan stress!
4. Kucing pandai menjaga diri
Anda tidak perlu mandikan kucing setiap hari kerana kucing pandai
membersihkan diri sendiri. Lihat saja selepas makan, kucing akan
menjilat tangannya. Begitu juga jika bulunya kotor, kucing akan menjilat
bulunya hingga bersih.
5. Kucing dapat mengurangkan makhluk perosak
Jika rumah anda ada banyak cicak, lipas dan tikus, kucing adalah
instrumen paling sesuai untuk mengurangkannya. Kebanyakan kucing masih
berpegang kepada naluri asalnya yang suka memburu dan menangkap cicak
dan tikus. Malah lipas pun suka ditangkap dan dijadikan alat
permainannya.
6. Kucing tidak mahal penjagaannya
Berbanding haiwan peliharaan yang lain, kucing sebenarnya tidak mahal
kos penjagaanya kecuali anda yang mahu menyediakan penjagaan kucing yang
mahal buat kucing anda. Secara asasnya, kucing hanya perlu diberi makan
beberapa kali sehari dan makanan itu boleh dibeli secara pukal di kedai
dalam bentuk produk makanan kucing atau anda boleh saja menyediakan
sendiri nasi dan lauk ikan di rumah. Kucing juga tidak perlu tempat
tidur yang khusus kerana secara amnya, kucing boleh tidur di mana-mana.
7. Kucing boleh tinggal di dalam atau luar rumah
Jika anda memilih membela kucing secara bebas, anda tidak perlu risau
meninggalkan kucing di rumah ketika anda tiada di rumah. Anda boleh
membenarkan kucing anda bebas di luar rumah untuk memburu, bersosial
atau melakukan aktiviti kucing yang lain.
8. Kucing mempunyai '9 nyawa'
Kebanyakan kucing mempunyai nyawa yang panjang. Jika mereka tersesat,
selalunya mereka dapat mencari jalan pulang. Terdapat juga kisah kucing
yang terperangkap berminggu-minggu di dalam kotak kayu masih ditemui
hidup! Ada yang terjatuh dari tempat tinggi, masih dapat 'landing'
dengan baik dan terselamat!
Okay, itulah hanyalah beberapa kebaikan kucing. Saya pasti ada banyak
lagi kebaikan kucing, cuma kita tidak sedar saja betapa kucing membawa
kegembiraan dalam hidup kita.
No comments:
Post a Comment