Ilmu Dan Amal
Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:"Perumpamaan petunjuk
dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya
seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur menghisap
air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula
yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi
manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum
(binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula
hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak
menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah
perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku
disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan
begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil
peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."
(Riwayat Bukhari)
No comments:
Post a Comment