Wednesday 7 November 2012

my diaries






Tahun ni rasa results keputusan macam menurun je , dahlar tahun depan nak PMR , satu peperiksaan yg
sangat pentinglar . Teah cuma dapat 2A 4B 2C. Yang C tu sains dan math . Math mak Teah ckap senang cuma kena ingat jalan kira ja , Sains tu memang susah lagipun it not my favourite subject !!!!!!!! I HATE IT !!:( Nasib baiklar 4B tu B yang gemok - gemok ( B+ lar ) . Yang Teah suka sangat2 tu BM dan Agama . BM subjek yang Teah paling suka sebab kita cuma kena banyak membaca bukan macam subjek yang lain yng kena faham dan hafal expecially SEJARAH.But Teah suka jugak sejarah cuma kena hafal satu bab demi
bab memang macam orang gila keluar dari tg.rambutan :8.

   Tahun depan kena usaha lagi terutamanya Sains & Math . Ya Allah, harap- harap tahun depan dapat 8A dalam PMR (amin.....) Teringin nak masuk Maktab masa form 4 ni dan belajar ke luar negara seperti ke Jordon , Korea Selatan , Mesir , China dan London ( harap - haraplar) .Kalau tak dapat pun belajar di sana , melancong pun bulehlar. Teringin main salji kat sana .

                                       


k.babai see you soon :)
            
 






 

Tuesday 30 October 2012

Assalamualaikum .

Sudah beberapa hari kita , umat Islam di seluruh dunia telah menyambut Hari Raya Korban . Mestilah umat Islam diwajibkan korbankan haiwan seperti lembu , kambing atau unta . Hari ini Teah ingin kongsi tentang Kaabah.


Kisah Kaabah yang tidak diketahui ramai

Mekah merupakan tanah suci bagi umat Islam di mana berdirinya sebuah struktur hebat iaitu Kaabah yang menjadi tidak, lambang dan panduan qiblat untuk semua umat Islam di seluruh dunia. Berikut adalah 15 perkara tentang Kaabah dari sudut sains yang tidak diketahui ramai.

                                    




1. Mekah adalah kawasan yang mempunyai graviti paling stabil.
2. Tekanan gravitinya tinggi, dan di situlah berpusatnya bunyi-bunyian yang membina yang tidak boleh didengar oleh telinga.
3. tekanan graviti yang tinggi memberi kesan langsung kepada sistem imun badan untuk bertindak sebagai pertahanan daripada segala serangan penyakit.
4. graviti tinggi = elektron ion negatif yang berkumpul di situ tinggi.
5. Apa yang diniatkan di hati adalah gema yang tidak boleh didengar tetapi boleh dikesan frekuensinya. Pengaruh elektron menyebabkan kekuatan dalaman kembali tinggi, penuh bersemangat untuk melakukan ibadat, tidak ada sifat putus asa, mahu terus hidup, penyerahan diri sepenuhnya kepada Allah.
6. Gelombang radio tidak boleh mengesan kedudukan Kaabah.
7. Malah teknologi satelit pun tidak boleh meneropong apa yang ada di dalam Kaabah. Frekuensi radio tidak mungkin dapat membaca apa-apa yang ada di dalam Kaabah kerana tekanan graviti yang tinggi.
8. Tempat yang paling tinggi tekanan gravitinya, mempunyai kandungan garam dan aliran anak sungai di bawah tanah yang banyak. Sebab itu lah jika bersembahyang di Masjidilharam walaupun di tempat yang terbuka tanpa bumbung masih terasa sejuk.
9. Kaabah bukan sekadar bangunan hitam empat persegi tetapi satu tempat yang ajaib kerana di situ pemusatan tenaga, graviti, zon magnetisme sifar dan tempat yang paling dirahmati.
10. Tidur dengan posisi menghadap Kaabah secara automatik otak tengah akan terangsang sangat aktif hingga tulang belakang dan menghasilkan sel darah.
11. Pergerakan mengelilingi Kaabah arah lawan jam memberikan tenaga hayat secara semula jadi daripada alam semesta. semua yang ada di alam ini bergerak mengikut lawan jam, Allah telah tentukan hukumnya begitu.
12. Peredaran darah atau apa saja di dalam tubuh manusia mengikut lawan jam. Justeru dengan mengelilingi Ka abah mengikut lawan jam, bermakna peredaran darah di dalam badan meningkat dan sudah tentunya akan menambahkan tenaga. Sebab itulah orang yang berada di Mekah sentiasa bertenaga, sihat dan panjang umur.
13. Manakala bilangan tujuh itu adalah simbolik kepada tidak terhingga banyaknya. Angka tujuh itu membawa maksud tidak terhad atau terlalu banyak. Dengan melakukan tujuh kali pusingan sebenarnya kita mendapat ibadat yang tidak terhad jumlahnya.
14. Larangan memakai topi, songkok atau menutup kepala kerana rambut dan bulu roma(lelaki) adalah ibarat antena untuk menerima gelombang yang baik yang dipancarkan terus dari Kaabah. Sebab itu lah selepas melakukan haji kita seperti dilahirkan semula sebagai manusia baru kerana segala yang buruk telah ditarik keluar dan digantikan dengan nur atau cahaya yang baru.
15. Selepas selesai semua itu baru lah bercukur atau tahalul. Tujuannya untuk melepaskan diri daripada pantang larang dalam ihram. Namun rahsia di sebaliknya adalah untuk membersihkan antena atau reseptor kita dari segala kekotoran supaya hanya gelombang yang baik saja akan diterima oleh tubuh.

Bersembang atau mengumpat?
Seperti biasa, sebagai seorang student yang tinggal di asrama mestilah setiap masa dan saat akan bertemu dengan kawan- kawan. Masa di kelas, prep, bilik dan penjuru mana-mana pun mesti akan berjumpa dengan orang.
Bila tinggal di asrama, adakalanya kita lebih banyak peluang untuk bersembang. Kalau sudah dapat nikmat bersembang, tidak kiralah bersembang tentang isu yang berfaedah mahupun tidak, dosa mahupun pahala, duniawi mahupun ukhrawi semua tidak akan diendahkan. Apa yang penting bersembang!
"Eh, mila engkau tahu tak pasal gosip BigBang tu ? Aku tak puas hati la. Ada ke patut dorang cakap tuuuuttt...tuuuttt....tuuutt..." 
"La... Betul ke beb ? Aku pun ada jugak dengar.. Tapi tak pasti la betul ke tak.. blaa..bla..bla..."
"Engkau tahu tak, semalam mamat tu aku nampak dating kat pasar malam... Takdelah cantik sangat makwe dia tu. Biasa je pun.."
Banyak perkara yang kurang manfaat menjadi perbualan daripada yang bermanfaat. Demikianlah manusia seharian. Bila di hitung banyaknya perkataan yang kurang bermanfaat, pasti melebihi timbangannya daripada perkataan yang bermanfaat.
Ada pula yang lebih pro perkataannya tentang dunia artis yang penuh sensasi. Bangga benar dirinya dapat meneroka setiap pelusuk kehidupan artis yang disanjung-sanjung oleh dunia.
Wahai umat Islam, adakah perlu untuk kita kisahkan atau sibukkan diri tentang dunia artis sedangkan diri kita sendiri pun belum tentu terurus? Kita mencanang cerita artis, menjaja gosip yang hangat di dalam kehidupan mereka. Jika boleh, ingin sahaja mengikuti kisah kehidupan idola kita sehingga akhir hayatnya.
Sedarlah bahawa di akhiratlah kita selamanya. Dunia ini hanya pinjaman semata-mata. Tidak perlu mengejar cerita-cerita duniawi kerana bukanlah cerita-cerita ini yang menjadi peneman kita ketika di kubur nanti. Dari saat ini, sedarkanlah hati kalian agar jangan terlalu taksub untuk hidup di dunia yang fana ini.
Gunakanlah peluang kita hidup di dunia ini untuk mengumpul sebanyak mungkin kebaikan dan amalan sebagai bekalan untuk dibawa ke akhirat nanti.Lebih baik menyibukkan diri dalam urusan yang berkait dengan kehidupan sendiri, daripada menyibukkan diri dalam kehidupan orang lain.

 
Hukum Mengumpat
Apakah yang dimaksudkan dengan mengumpat?
Maksud mengumpat dapatlah didefinisikan sebagai bercerita tentang perihal keburukan dan kelemahan seseorang kepada orang lain di mana akan diumpat merasa marah dan benci dengan perkara yang didengari tentang dirinya. Bercerita tentang keburukan dan kelemahan seseorang samalah juga seperti membuka aib seseorang itu kepada orang lain.
Rasulullah S.A.W pernah bersabda :
" mengumpat itu ialah apabila kamu menyebut perihal saudaramu dengan sesuatu perkara yang dibencinya."
(Hadis Riwayat Muslim)
 Dan hukumnya adalah haram di sisi Allah SWT.
Firman Allah s.w.t yang bermaksud;
"Wahai orang yang beriman ! Jauhilah kebanyakan daripada sangkaan ( supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang ) kerana sesungguhnya sebahagian daripada sangkaan itu adalah dosa dan janganlah kamu mengintip atau mencari - cari kesalahan dan keaiban orang lain dan jangan sesetengah kamu mengumpat setengahnya yang lain. Adakah seseorang daripada kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati ? ( Jika demikian keadaan mengumpat ) maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. ( Oleh itu, patuhilah larangan yang tersebut ) dan bertakwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah Penerima Taubat lagi Maha Mengasihani "
(Surah al-Hujurat atat 12) ?
Sesungguhnya pengharaman mengumpat itu jelas di dalam Al-Quran kerana ianya boleh menjatuhkan maruah seseorang (orang yang diumpat) di samping boleh membawa kepada kemudharatan yang besar iaitu boleh membawa kepada bahaya fitnah dan merupakan suatu pembohongan sekiranya perkara yang menjadi umpatan itu sedikit pun tidak ada kebenarannya atau tidak ada pada orang yang diumpat.
Bersabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud;
" sesiapa yang melakukan kezaliman terhadap saudaranya melibatkan maruah ( penghormatan ) atau sebagainya, maka lebih baik dia memohon kemaafan kepada orang itu sebelum tiba hari di mana dinar dan dirham tidak lagi diperlukan. Jika dia mempunyai apa - apa kebaikan, perkara itu akan ditarik daripadanya sebagai balasan ke atas kejahatan yang dibuat. Jika dia tidak ada sebarang amalan kebaikan, maka kejahatan orang yang diumpat itu akan diletakkan kepadanya "
(Hadis Riwayat Bukhari) ?
Sabda bagindaa lagi di dalam hadis yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah ­radhiyallahu 'anhu;
"Rasulullah bertanya, "Adakah kamu tahu apa itu ghibah?", mereka berkata : Allah dan RasulNya lebih mengetahui. Baginda berkata : "Engkau menyebut sesuatu mengenai saudaramu dengan perkara yang tidak disukainya". Dikatakan : Beritahukanlah kepadaku, bagaimana sekiranya ada pada saudaraku itu apa yang aku katakan? Baginda berkata : "Sekiranya ada padanya apa yang kamu katakan, maka kamu telah mengumpatnya, jika tiada padanya apa yang kamu katakan maka kamu telah memfitnahnya"
(Hadis Riwayat Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi, al-Darimi, Ahmad dan Ibn Hibban)


Keharusan Mengumpat
Walaupun pada asal hukum mengumpat adalah haram, namun ianya juga menjadi harus bagi kita dalam keadaan yang tertentu. Di dalam kitab Riyadus Solihin iaitu karangan kitab oleh Imam Nawawi, terdapat 6 keuzuran yang diharuskan padanya mengumpat.
1- Kes Penganiayaan.
Apabila seseorang dizalimi sebagai contohnya seorang isteri yang dizalimi oleh suaminya, maka menjadi keharusan kepada si isteri untuk menceritakan keaiban dan keburukan yang dilakukan oleh suaminya ke atas dirinya kepada pihak pemerintah. Hal ini adalah bertujuan untuk menyelesaikan masalah dan sebagai bukti bahawa kezaliman itu memang berlaku
2- Mohon Bantuan Mencegah Kemungkaran.
Apabila di dapati berlakunya kemungkaran, kemudian melaporkannya kepada pihak yang berkuasa dengan tujuan/ niat untuk mencegah kemungkaran yang ada, maka diharuskan untuk orang yang mengadu menceritakan kemungkaran yang dilakukan. Sebagai contoh dia mengatakan " Si polan telah melakukan maksiat begitu begini, maka tegahlah dia agar tidak berlaku kemudaratan yang berpanjangan".
3- Minta Fatwa.
Diharuskan juga menceritakan keaiban orang dengan tujuan meminta fatwa sepertimana Hindun meminta fatwa kepada Rasulullah SAW perihal suaminya yang kedekut.
4- Mengajak Muslimin Agar Bersikap Berhati-hati.
Tujuan menceritakan keburukan orang yang tertentu adalah semata-mata untuk kemaslahatan orang lain agar berhati-hati dan tidak mudah terpedaya contohnya seperti mendedahkan kepalsuan seorang yang pura-pura alim atau pembawa ajaran sesat supaya orang ramai mengetahui hakikat dirinya yang sebenar. Begitu juga, mendedahkan penyelewengan seorang pemimpin dalam mentadbir rakyat kepada orang yang berkuasa melantiknya agar mereka tidak tertipu untuk terus memberi kuasa kepadanya.
5- Jika Melakukan Maksiat dan Bid'ah Secara Terang-terangan.
Jika seseorang itu melakukan maksita dan bid'ah secara terang-terangan, maka menjadi harus hukum mengumpat tentangnya. Dengan syarat diniatkan keharusan mengumpat itu agar tidak mudah tertipu dan supaya kaum muslimin yang lain sentiasa berwaspada dengannya. Walau bagaimana pun tidak boleh menceritakan keburukannya yang tersembunyi.
6- Sebagai Tanda Pengenalan.
Dibolehkan dengan syarat tidak bertujuan untuk menghina dan merendahkan orang yang dinyatakan seperti mila jongang, mamat tempang. Andaikata hanya dengan gelaran-gelaran tersebut menjadikan orang lebih mengenalinya, maka diharuskan menceritakan kekurangannya.

 

Kesimpulannya, walaupun terdapat beberapa situasi yang dibolehkan mengumpat, namun perlulah kita ingat ianya juga bersandarkan kepada niat kita. Sekirannya niat kita lebih cenderung kepada menceritakan keaiban dan kekurangan orang lain, boleh jadi ianya jatuh kepada mengumpat. Dan ketahuilah sesungguhnya mengumpat itu adalah haram dan setiap yang haram itu padanya dosa.
Jauhilah mengumpat wahai umat Islam, kerana realitinya kita hanyalah hamba yang lemah untuk lari daripada melakukan perbuatan terkutuk itu. Jangan sampai amalan kita terlepas kepada orang yang diumpat. Tidak  pernah merugi bagi mereka yang menutup keaiban orang lain. Cukuplah sekadar mendengar jika memang keadaan tidak mengizinkan untuk kita lari dari tempat mengumpat itu.
Sesiapa yang memelihara lidahnya ( tidak menceritakan keburukan orang lain ), Allah akan menutup kecelaannya di akhirat nanti, Sesiapa yang menahan kemarahannya, Allah akan lindungi daripada seksaanNya. Bersama - samalah kita hindari perbuatan mengumpat ini dari masa ke semasa kerana
Rasulullah pernah bersabda :
"Wahai orang yang beriman dengan lidahnya tetapi belum beriman dengan hatinya ! Janganlah kamu mengumpat kaum muslimin dan janganlah kamu mengintip - intip keaibannya. Sesungguhnya, sesiapa yang mengintip keaiban saudaranya, Allah akan mengintip keaibannya dan Dia akan mendedahkannya, meskipun berada dalam rumah sendiri "
(Hadis Riwayat Abu Daud, Ahmad dan al - Tarmizi)


Assalamualaikum ,

   
comel x kucing ni        




Hari ini Fatihah nak kongsikan haiwan kesayangan Teah , walaupun hitam mukanya sangat comel . Teah jumpa kucing ni namanya kiko dekat stor rumah . Kesian dia menangis cari mak dia , tambahan pula , dia tercicir semasa ibunya melahirkan . My mummy pun terpaksa pinjam botol susu haiwan daripada sepupu . Mujurlah ada kalau tidak nak minum apa ??? . Ibu dia melahirkan beberapa anak kucing lain seperti warna putih , oren dan campuran hitam dan oren . Beberapa bulan gak lar kiko minum botol susu sebab mak dia tak nak menyusukannya . Bayangkan perasaan kita ketika itu . Tentu sedihkan : ( .Walaupun luaran kucing itu tidak cantik atau gebu seperti kucing parsi ini .








Anyway , sekarang kiko dah besar ( dah 1 tahun lebih ) kucing yang sangat manja , suka tidur 24 jam di atas sofa , paling takut kat My mummy kerana dulu dia pernah tersekat ekor kat langsir . Langsir tu terkoyak sebab panas . Dia pergi duduk dan main kat situ . Tengok - tengok ekor dia tersekat .









Dia ini my lovely pet . I love his ( sbb dia jantan ) very much sebab dia telah menjadi daripada sebahagian hidup Teah .



Saturday 6 October 2012

meoww




Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad SAW memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.
Suatu ketika, dikala nabi hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.
Ketika Nabi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.


Sebagai balasan, nabi menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.
Dalam peristiwa lain, setiap kali Nabi menerima tetamu di rumahnya, nabi selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya.
Salah satu sifat Mueeza yang nabi sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.
Kepada para sahabat, nabi selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.
Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.
Nabi SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka.
Tidak hanya nabi, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya meninggalkan
Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.

Kucing

Anda suka kucing? Terfikir nak bela kucing di rumah? Kanak-kanak terutamanya amat menyayangi haiwan comel ini. Gebu, cute, lucu, manja, nakal. Itulah telatah si kucing yang amat mencuit hati. Kucing juga adalah haiwan kesayangan Nabi.

Namun, sebelum anda membuat keputusan membela kucing di rumah, pastikan anda tahu kebaikan memelihara kucing ni.

Jom semak senarai di bawah!

Kebaikan Memelihara Kucing


1. Kucing peneman setia
Kucing adalah haiwan yang setia kepada tuannya. Ia menjadi peneman yang baik kepada tuannya, bukan sahaja ketika senang tetapi tetap berada di sisi kita di kala kesunyian atau di kala kesedihan. Kita boleh 'bercakap' dengan kucing kita utk meluahkan sebarang masalah dan kucing mendengar dengan setia!

Jika kita anak tunggal atau keseorangan di rumah, kucing adalah kawan yang paling akrab bagi meneman kita!


Kucing comel

2. Kucing penuh kasih sayang
Lupakan kucing garang. Jika anda mahu membela kucing, carilah kucing yang manja dengan sentuhan manusia. Kucing yang manja akan mencurahkan kasih sayang kepada tuannya tanpa prejudis. Gelagat kucing yang suka diusap dan menggesel-geselkan tubuhnya ke arah tuannya akan mendekatkan hubungan mesra antara kucing dan tuannya. Anda akan sentiasa dilimpahi kasih sayang!

3. Kucing menghiburkan hati
Telatah kucing yang lucu dan nakal amat mencuit hati. Kucing suka membuat perkara-perkara yang comel dan lucu seperti masuk dalam kotak,mencelah dalam almari, bermain dengan tisu, melompat sana-sini, tidur atas laptop, menggigit jari kita dan sebagainya. Pasti anda akan terhibur dengan gelagat kucing yang lucu dan dapat hilangkan stress!

4. Kucing pandai menjaga diri
Anda tidak perlu mandikan kucing setiap hari kerana kucing pandai membersihkan diri sendiri. Lihat saja selepas makan, kucing akan menjilat tangannya. Begitu juga jika bulunya kotor, kucing akan menjilat bulunya hingga bersih.

5. Kucing dapat mengurangkan makhluk perosak
Jika rumah anda ada banyak cicak, lipas dan tikus, kucing adalah instrumen paling sesuai untuk mengurangkannya. Kebanyakan kucing masih berpegang kepada naluri asalnya yang suka memburu dan menangkap cicak dan tikus. Malah lipas pun suka ditangkap dan dijadikan alat permainannya.

6. Kucing tidak mahal penjagaannya
Berbanding haiwan peliharaan yang lain, kucing sebenarnya tidak mahal kos penjagaanya kecuali anda yang mahu menyediakan penjagaan kucing yang mahal buat kucing anda. Secara asasnya, kucing hanya perlu diberi makan beberapa kali sehari dan makanan itu boleh dibeli secara pukal di kedai dalam bentuk produk makanan kucing atau anda boleh saja menyediakan sendiri nasi dan lauk ikan di rumah. Kucing juga tidak perlu tempat tidur yang khusus kerana secara amnya, kucing boleh tidur di mana-mana.

7. Kucing boleh tinggal di dalam atau luar rumah
Jika anda memilih membela kucing secara bebas, anda tidak perlu risau meninggalkan kucing di rumah ketika anda tiada di rumah. Anda boleh membenarkan kucing anda bebas di luar rumah untuk memburu, bersosial atau melakukan aktiviti kucing yang lain.

8. Kucing mempunyai '9 nyawa'
Kebanyakan kucing mempunyai nyawa yang panjang. Jika mereka tersesat, selalunya mereka dapat mencari jalan pulang. Terdapat juga kisah kucing yang terperangkap berminggu-minggu di dalam kotak kayu masih ditemui hidup! Ada yang terjatuh dari tempat tinggi, masih dapat 'landing' dengan baik dan terselamat!

Okay, itulah hanyalah beberapa kebaikan kucing. Saya pasti ada banyak lagi kebaikan kucing, cuma kita tidak sedar saja betapa kucing membawa kegembiraan dalam hidup kita.

Saturday 22 September 2012

Ilmu Dan Amal

Dari Abu Musa r.a katanya, Nabi s.a.w bersabda:"Perumpamaan petunjuk dan ilmu pengetahuan yang Allah mengutuskan aku untuk menyampaikannya seperti hujan lebat jatuh ke bumi. Bumi itu ada yang subur altmenghisap air, menumbuhkan tumbuh-tumbuhan dan rumput-rumput yang banyak. Ada pula yang keras, tidak menghisap air sehingga tergenang. Maka Allah memberi manfaat dengan ia kepada manusia. Mereka dapat minum dan memberi minum (binatang ternak dan sebagainya), dan untuk bercucuk tanam. Dan ada pula hujan yang jatuh ke bahagian lain iaitu di atas tanah yang tidak menggenangkan air dan tidak pula menumbuhkan rumput. Begitulah perumpamaan orang yang belajar agama yang mahu memanfaatkan apa yang aku disuruh Allah menyampaikannya, dipelajarinya dan diajarkannya. Dan begitu pula perumpamaan orang yang tidak mahu memikirkan dan mengambil peduli dengan petunjuk Allah yang aku diutus untuk menyampaikannya."

(Riwayat Bukhari)